Monday 9 December 2013

Buat-Buat Sibuk BerSMS Bila Berjalan Seorang Diri

Aku rasa mesti ramai yang pernah buat. Jika berjalan seorang diri tanpa berteman tentu ada yang olok-olok menyibukkan diri berSMS. Tambah-tambah kalau di tempat ramai orang yang masing-masing mempunyai teman kecuali kita.

Aku juga sentiasa melakukan perbuatan seperti ini. Setiap kali berjalan berseorangan pasti telefon bimbit di tangan. Tengok-tengok skrin dan tekan-tekan papan kekunci. Padahal tiada siapa pun yang menghubungi aku pada masa tu. 

Entahlah. Setiap kali berkeadaan seperti itu tentu telefon bimbit dicapai. Seolah-olah menjadi satu tabiat bagi aku. Namun, aku yakin, orang lain juga tentu akan melakukan perkara yang sama. Kadang-kadang, aku juga selalu perhatikan orang lain yang sedang berseorangan. 

Pasti telefon bimbit juga berada di tangan mereka. Jari-jemari bergerak pantas seolah-olah berSMS. Apabila aku sangka mereka olok-olok menyibukkan diri berSMS, aku tersenyum geli hati. "Berlakon la tu. Sibuk SMS konon. Padahal cover line, malu jalan seorang diri".HIHI.... 


Tuesday 26 November 2013

Bahaya "Black Hole" Mangkuk Tandas


Ada sesiapa tak berpengalaman pahit dengan lubang jamban??Bagi yang pernah menempuhi pengalaman pahit seperti di atas, tentu kenangan tersebut sukar untuk dikenang. Busuk, geli, jijik dan kotor pasti terbayang di minda.

Begitulah yang terjadi kepada lelaki cina dalam gambar di atas. Beliau cuba mengambil cincin perkahwinan yang jatuh ke dalam "black hole". Namun, malang bagi beliau, tangan pula tersekat dan tidak dapat dikeluarkan.

Dengan bantuan bomba, akhirnya tangan beliau berjaya dikeluarkan. Bomba terpaksa memotong batang paip dan memecahkan lantai simen bagi menyelamatkan si mangsa. Kesian. Pasti lepas ni, trauma dengan mangkuk tandas.

Apa yang terjadi kepada lelaki cina ini boleh dijadikan pengajaran untuk kita. Dimana pun kita berada malang pasti berbau jika tidak beringat. Walaupun mangkuk tandas. Lubangnya boleh memberikan kecelakaan kepada kita jika tidak berhati-hati.

Teringat kisah dulu. Telefon bimbit kawan aku pernah jatuh dalam lubang tu. Sekelip mata saja sudah lesap. Waktu tu dia sedang flush...Kesian. Telefon mahal pulak tu. Keluar tandas, muka macam mati bini. Bila ditanya,"Handset aku jatuh la".

Saturday 23 November 2013

Majlis Perkahwinan Bogel...(Spesies X Bertamadun)


Majlis Perkahwinan Bogel

Dunia akhir zaman, macam-macam hal yang berlaku. Seperti dalam gambar di atas. Semuanya bertelanjang bulat. Tiada langsung sifat malu. Adoiiii....manusia zaman sekarang.

Majlis nikah bogel ini diadakan di Switzerland. Seramai 7 pasangan terlibat. Semuanya berbogel. Tapi bukan dorang je bahkan mereka yang hadir di majlis tersebut pun turut tidak berpakaian. 

Spesies manusia sebegini memang tak layak digelar manusia. Sebab manusia makhluk bertamadun dan merupakan sebaik-baik kejadian. Dikurniakan akal dan fikiran. Rasa-rasa aku la jenis spesies beruk baru kot...

Spesies beruk baru ni perlu diletakkan di zoo. Pastu umumkan kepada orang ramai, spesies beruk terbaru ditemui..hehe. Konpirm, ramai yang berpusu-pusu pergi tengok. 14 ekor pulak tu.

Kalau majlis seperti ini di Malaysia, ngam-ngam kene tangkap. Pastu 14 ekor beruk akan diletak dalam sangkar. Esok pegi beli Harian Metro. Gerenti muka depan punyerla. Tajuk berita: 12 ekor beruk spesies baru ditangkap!..hehe.

Wednesday 22 August 2012

KEMBAR ANEH DI INDIA


Budak dalam gambar tu umur dia lebih kurang 8 tahun dan asalnya dari India. First time aku tengok budak ni, alahai...peliknya kembar parasit dia.

Kaki, punggung dan tangan dia dah ade cuma tak terpisah menjadi satu anggota badan yang lengkap. Sebaliknya melekat kat badan dia. Kalau terpisah dan sempurna mesti kembar seiras.

Kuasa Tuhan segala-galanya boleh berlaku. Sesuatu perkara yang tak terjangka dek akal tiba-tiba muncul kat depan kita. Semuanya boleh berlaku dengan kuasa Tuhan.

Bila tengok dia, rilek jer. Mungkin dah biasa kot. Alah biasa tegal biasa. Hanya dia yang tahu rasa dilahirkan dalam keadaan sebegitu rupa.

Tapi aku pelik gak kenapa masih tak pisahkan kembar parasit dia tu. Jika diambil kira tahap teknologi perubatan di India, mudah sangat nak buat. Eeermm...tiada orang bantu kot. Kalau di Malaysia, dah lama dah....


Saturday 18 August 2012

PERGHHH...SYOKNYER KERETA!


Korang pernah tengok dalam kereta ada kolam renang? Mungkin serupa ni kot keadaannya. Aku konfius skit camner dorang reka sampai camtu sekali.

Kat Malaysia lulus tak kalau buat macam ni? Aku pun nak buat jugak kalau ada peluang. Best gak time perjalanan jauh. Senang nak mandi terus terjun dalam tu. Hak3.

Kedalaman mungkin setakat pinggang budak-budak kot. Tapi ok la kan. Besar mana sangat la boleh buat kolam dalam kereta. Kereta pun kena tengok gak seperti mpv atau van ok la.

Pelik betol inovasi manusia. Inovasi pelik bila citarasa pelik. Sebab tu banyak jenis benda pelik yang tak terjangkau dek akal timbul. Semuanya bermula daripada imaginasi.

Contoh cam kolam dalam kereta ni la. Eeermm...kalau sapa-sapa nak cuba buat boleh la. Mana tau lebih hebat daripada ni. Pastu tetiba masuk harian metro. Terkenal korang nanti.

Wednesday 15 August 2012

SUPERHERO GAY AKHIR ZAMAN

Apa punyer jenis superhero yang pakai cam ni. Nak mintak bantuan dia pun seram sejuk dibuatnya. Rasa nak termuntah la pulak.

Superhero cam ni layak untuk kaum-kaum gay je. Kalau spesis gay memang dorang bangga la kot. Sebab superhero ni ada citarasa dorang.

Aku rasa dah cukup layak aku gelar dia superhero gay pertama dunia. Kaum-kaum gay pun nak jugak ada superhero. Memandangkan peningkatan golongan mereka di akhir zaman.

Kalau datang kat tempat aku pakai serupa ni, aku kejar dengan parang nanti. Menakutkan anak-anak gadis dan makcik-makcik kat kampung je. Eeermm..berani betul dia bergaya camtu kat tempat awam.

Mungkin gambar ni diambil kat jepun kot. Jika diteliti betul-betul, orang sekelilng dia tu dah ada ala-ala jepun atau china. Tapi intuisi aku lebih kuat jepun.

Kalau betulla  kat jepun, memang takpe la sebab dorang terlebih open minded. Pastu pulak ada industri porno pulak tu. Eeermm..kat sana memang tak pelik tapi kalau kat sini dipanggil orang gila.

TERTUSUK CELAH KANGKANG!FUH!


Aku rasa ngeri sesangat bila tengok gambar ni. Entah macam mana batang kayu sebesar tu boleh tertusuk celah kangkang. Keadaan tuan dia pun memang dah tenat sangat dah.

Kalau difikirkan balik,macam-macam andaian yang datang. Mungkin jatuh gaung ataupun kemalangan kereta. Eerrmm..dah nasib dia nak buat cam ner kan.

Entah-entah doktor pun pening cam ner la nak buang kayu sebesar ni. Takpun dorang pun rasa lagi ngeri. Memang ngeri pun dah mangsa kat depan mata.

Tapi cam takder perasaan je doktor ni. Raut muka dorang slumber je. Mungkin dah biasa kot. Biasala dah keje camtu walau ngeri sekalipun, kenalah hadapi.

Eeermm..korang tengok la dulu yer..sambil tu cubala pikir macam mana kayu tu bleh tertusuk sampai ke situ. Besar lak tu. Pastu bagitau aku..hehe

Pssst: Masih nak tau camner kayu sebesar tu masuk celah kangkang dia,,hehe